Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya telah mengadakan Bengkel Jawatankuasa Mengkaji Kes Bersama Timbalan Pendakwaraya bagi kes-kes berkaitan halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 pada 09 dan 10 Disember 2020 bertempat di Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dan Gudang Eksibit Halal, JAKIM.

Bengkel ini dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Tuan Bukhari bin Md Akhir dan dihadiri Timbalan Pendakwaraya dari Bahagian Undang- Undang KPDNHEP, Ketua Unit dan pegawai-pegawai dari Seksyen Siasatan dan Serbuan, Seksyen Perundangan dan Seksyen Harta Intelek Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP. Turut serta adalah pegawai-pegawai dari Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

Melalui penganjuran bengkel ini, perbincangan mengenai kes- kes berkaitan halal dan isu-isu yang berkaitan dengannya telah berjaya diselesaikan. Bengkel ini akan diteruskan pada masa akan datang dan diharapkan dapat mengeratkan hubungan strategik antara JAKIM dan KPDNHEP berhubung penguatkuasaan dan perundangan halal.

✳️Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19

Bengkel JKMK 2020 1Bengkel JKMK 2020 2Bengkel JKMK 2020 3Bengkel JKMK 2020 4Bengkel JKMK 2020 5Bengkel JKMK 2020 6