Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Jelebu, 10 Disember 2020 – Biarpun terletak jauh dari kesibukan kota, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Jelebu tidak ketinggalan menerima kunjungan daripada barisan pengurusan pimpinan tertinggi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi apabila Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Apandi beserta ahli rombongan sudi mengadakan lawatan kerja ke ILIM Kampus Jelebu.

Dalam sesi lawatan kerja ini, beliau telah diberi taklimat oleh Ustaz Norawi bin Endut, Pengarah Kampus ILIM Kampus Jelebu berkenaan penstrukturan operasi ILIM Kampus Jelebu, hala tuju dan perancangan aktiviti yang akan dijalankan bagi tahun 2021.  Selain itu, turut dibincang bersama adalah perkara pokok berkenaan isu menaik taraf beberapa kemudahan dan prasarana di ILIM Kampus Jelebu. 

Dalam sesi akhir lawatan ini, beliau juga turut dibawa meninjau keadaan infrastruktur dan fasiliti yang terdapat di sekitar ILIM Kampus Jelebu. Turut hadir sama dalam lawatan kerja ini ialah Pengarah Bahagian Kewangan JAKIM, Encik Nik Mohd Ridzuan Nik Yaacob, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan JAKIM, Puan. Azizatul Akma binti Ahmad Yassin, dan Jurutera Cawangan Pembangunan JAKIM,Ir. Ahmad Nur Haqim bin Jalaluddin serta Encik Mohamad Fairuz bin Mohd Nasir, Pendaftar bersama team ILIM Kampus Utama Bangi.