Kurator Berita : Bahagian Pendidikan

Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan Kursus Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Pendidikan Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bagi Instrumen Pemetaan Konsep (Concept Mapping) pada awal tahun 2021. Bagi memastikan kursus ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, maka satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 16 Disember 2020 bertempat di Bilik Seminar Al-Baiyinah, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat pra ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan maklumat awal kepada para peserta berkaitan kaedah pentaksiran KAFA yang akan diperkenalkan dalam kursus tersebut nanti. Dalam mesyuarat ini, bakal peserta kursus telah diberikan taklimat dan penerangan berkaitan "Pentaksiran KAFA" yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr Khodori bin Ahmad, mantan Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan merangkap Ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI).

Para peserta bagi kursus itu nanti terdiri daripada guru-guru KAFA Integrasi Jannatul Firdaus, Sepang yang mana mereka akan dilatih untuk menjadi pembimbing latihan (jurulatih utama) pada masa akan datang. Manakala modul yang digunakan dalam kursus itu nanti ialah modul bagi instrumen Pemetaan Konsep (Concept Mapping).

Mesyuarat pra ini dipengerusikan oleh Puan Fauziah binti Razap, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pentaksiran dan Pembiayaan, Bahagian Pendidikan JAKIM. Diharap bakal peserta kursus dapat memberikan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini berlangsung.

WhatsApp Image 2020 12 16 at 12.07.56 PM 1

WhatsApp Image 2020 12 16 at 12.07.56 PM

WhatsApp Image 2020 12 16 at 12.07.58 PM 1

WhatsApp Image 2020 12 16 at 12.08.00 PM

WhatsApp Image 2020 12 16 at 12.07.57 PM 1

WhatsApp Image 2020 12 16 at 12.07.57 PM

 

Bahagian Pendidikan
JAKIM