Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 11 Januari 2021 - Bengkel Penerbitan Jurnal ILIM telah dilaksanakan pada 11 Januari 2021 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Bangi anjuran Cawangan Pembangunan Profesionalisme (CPP) ILIM . Bengkel ini diadakan secara hybrid iaitu bersemuka dan secara atas talian kepada perunding latihan ILIM.

Ia diadakan bertujuan menaik taraf jurnal ILIM serta mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pengurusan penerbitan jurnal. ILIM telah menjemput Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long yang merupakan pensyarah Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor. Beliau juga merupakan pengasas dan Ketua Editor kepada International Journal of Islamic Thought (IJIT) yang turut diindeks di SCOPUS.

Antara slot menarik yang telah dikupas oleh pembentang ialah : Kriteria Jurnal Akademik, Pengurusan Jurnal, Jurnal Berindeks dan Cabaran-cabaran Dalam Mengurus serta Menerbitkan Jurnal.

Semoga ia akan dimanfaatkan oleh Editorial Board Jurnal ILIM dan dapat mengorak langkah dengan lebih proaktif serta agresif dalam meningkatkan mutu jurnal ILIM.

Bengkel Penerbitan Jurnal ILIM 1

Bengkel Penerbitan Jurnal ILIM 2

Bengkel Penerbitan Jurnal ILIM 3