Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya – 15 Februari 2021 (Isnin), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Seluruh Malaysia Bil. 1/2021. Mesyuarat yang diadakan secara atas talian selaras dengan norma baharu telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah BPPPS dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Seluruh Malaysia.

Turut hadir dalam Mesyuarat Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Seluruh Malaysia ialah dua orang wakil dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) iaitu YDH Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Pengarah, Bahagian Pendaftaran, Keurussetiaan dan Rekod (BPKR), JKSM dan YDH Tuan Muhamad Yusro bin Borhan Nordin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendaftaran, Keurussetiaan dan Rekod (BPKR), JKSM yang telah membentangkan Kertas Makluman Mengenai Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib Bagi Pesalah Syariah.

Mesyuarat yang diadakan secara berkala ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan penambahbaikan dalam undang-undang Syariah yang menyentuh tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pegawai Penguat Kuasa Agama, perkara-perkara yang melibatkan penyelarasan tindakan dalam urusan penguatkuasaan Syariah dan keseragaman pakaian seragam serta Kad Kuasa Pegawai Penguat Kuasa Agama.

Mesyuarat telah diakhiri dengan kata-kata harapan oleh YBrs. Tuan Pengerusi agar usaha yang dilaksanakan ini akan diberkati dan menatijahkan kebaikan yang banyak dalam memartabatkan Islam serta memperkasakan institusi penguatkuasaan Syariah di Malaysia.

Mesyuarat Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Kali Pertama Bagi Tahun 2021 1

Mesyuarat Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Kali Pertama Bagi Tahun 2021 2