Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
PUTRAJAYA – 5 Mac 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah bersama pihak pengurusan IKIM secara atas talian melalui aplikasi google meet .

Sesi Libat Urus ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Pengarah IKIM, YBhg. Datuk Dr. Azizan binti Baharuddin. Seterusnya Sesi Libat Urus ini dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, YBrs Ustazah Nor Safina bt. Zainal selama 2 jam bermula 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Program tersebut telah disertai oleh pegawai-pegawai pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan IKIM seramai 70 orang.

Antara objektif utama Libat Urus ini adalah untuk memberi penjelasan dan berkongsi maklumat terkini dengan semua peserta tentang tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah dan pelaksanaan I~MaqSD.

Diharapkan Sesi Libat Urus ini dapat memberikan impak positif kepada semua peserta dalam melaksanakan fungsi-fungsi agensi dan meningkatkan mutu perkhidmatan organisasi berasaskan kerangka strategik Maqasid Syariah.

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama IKIM 1

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama IKIM 2

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama IKIM 3

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama IKIM 4

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama IKIM 5

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama IKIM 6