Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 4 Mac - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Program Diskusi Hadis: Salah Faham Terhadap Sunnah Nabawiyah secara dalam talian kepada Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi serta Jabatan Kerajaan lain pada 4 Mac 2021 bertempat di Bilik Hafs, Tingkat 1, Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama, Bangi Selangor.

Program Diskusi ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam tentang bagaimana berinteraksi dengan Sunnah menggunakan kaedah dan disiplin ilmu usul hadis yang betul dan memahami aspek-aspek penyelewengan terhadap Hadis Nabi S.A.W.

Diskusi ini dikendalikan oleh dua (2) orang penceramah yang berpengetahuan luas dan berpengalaman iaitu YBrs Dr Muhamad Hapizi bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Penyelarasan Pengajian Ijazah,Darul Quran,JAKIM dan YBrs.Prof.Mohd Fauzi bin Mohd Amin, Pensyarah Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seramai 32 orang peserta telah hadir mengikuti program yang sangat bermanfaat ini.

Semoga Diskusi ini berjaya memberi pendedahan ilmu, kesedaran dan kemahiran kepada para peserta untuk menggunakan kaedah disiplin ilmu usul hadis yang betul dan mampu mengenali perbezaan antara Hadis Nabi S.A.W dan sebaliknya.

Diskusi Hadis Salah Faham Terhadap Sunnah Nabawiyah