Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
PUTRAJAYA – 12 Mac 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah bersama Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS WP) telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah secara dalam talian melalui aplikasi zoom. JAPENS WP merupakan agensi ke-7 di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang telah memberikan komitmen dalam sesi Libat Urus yang dilaksanakan oleh Bahagian Maqasid Syariah JAKIM bermula pada 17 Februari 2021 yang lalu.

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah tersebut telah dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, YBrs Ustazah Nor Safina bt. Zainal selama 2 jam bermula 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Program tersebut telah disertai oleh 20 orang pegawai-pegawai JAPENS WP termasuk pihak pengurusan tertinggi. Program diakhiri dengan sesi soal jawab untuk menambahkan lagi kefahaman kepada semua peserta.

Antara objektif utama Libat Urus ini adalah untuk memberi penjelasan dan berkongsi maklumat terkini dengan semua peserta tentang tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah dan pelaksanaan I~MaqSD.

Diharapkan Sesi Libat Urus ini dapat memberikan impak positif kepada semua peserta dalam melaksanakan fungsi-fungsi organisasi dan meningkatkan tadbir urus berasaskan kerangka strategik Maqasid Syariah.

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JAPENS WP 1

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JAPENS WP 2

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JAPENS WP 3

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JAPENS WP 4

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JAPENS WP 5

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JAPENS WP 6