Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya – 18 Mac 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah bersama bahagian-bahagian di bawah Sektor Ketua Pengarah dan Sektor Operasi JAKIM. Sebanyak 6 Bahagian daripada Sektor Operasi dan 9 Bahagian termasuk Unit Komunikasi Korporat dan Unit Integriti dari Sektor Ketua Pengarah yang terlibat dalam Sesi Libat Urus ini. Sesi Libat Urus kali ini adalah sesi yang ke 2 melibatkan pegawai-pegawai di JAKIM.

Sesi Libat Urus ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YBhg Dr. Nordin bin Ahmad, Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM. Seterusnya Sesi Libat Urus ini dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, Ustazah Nor Safina bt. Zainal secara atas talian melalui aplikasi zoom. Program tersebut telah disertai oleh 63 orang Pegawai-Pegawai JAKIM Gred 41 ke atas. Program berlangsung selama 2 jam bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 Tengah Hari. Sesi Libat Urus ini berjalan dengan lancar dengan penglibatan yang aktif secara dua hala dari peserta.

Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi penjelasan kepada semua peserta tentang tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah dan pelaksanaan I~MaqSD.

Diharapkan sesi libat urus ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua pegawai dalam usaha untuk melonjakkan pelaksanaan Maqasid Syariah dalam setiap fungsi dan program supaya dapat dilaksanakan secara lebih terfokus.
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Sektor Ketua Pengarah Dan Sektor Operasi JAKIM 1
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Sektor Ketua Pengarah Dan Sektor Operasi JAKIM 2
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Sektor Ketua Pengarah Dan Sektor Operasi JAKIM 3
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Sektor Ketua Pengarah Dan Sektor Operasi JAKIM 4
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Sektor Ketua Pengarah Dan Sektor Operasi JAKIM 5
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Sektor Ketua Pengarah Dan Sektor Operasi JAKIM 6