Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya – 19 Mac 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah bersama Pegawai-Pegawai JAKIM bagi Penempatan di Kementerian.

Sesi Libat Urus ini dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, Ustazah Nor Safina bt. Zainal secara atas talian melalui aplikasi zoom. Dalam taklimatnya, beliau memetik kata-kata Ibnu Ashur (Tokoh Pelopor Maqasid Syariah) yang menegaskan tentang kepentingan menzahirkan Maqasid Syariah dalam tadbir urus kehidupan:

“Maqasid Syariah perlu dizahirkan dalam ruang lingkup kehidupan manusia. Prinsip Maqasid Syariah perlu diterjemahkan melalui pelbagai wasilah dan kaedah.”

Program libat urus ini telah disertai oleh 40 orang pegawai-pegawai JAKIM di 24 kementerian. Program berlangsung selama 2 jam bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Sesi Libat Urus ini berjalan dengan lancar dengan penglibatan yang aktif secara dua hala dari para peserta.
Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi penjelasan kepada semua peserta tentang tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah dan pelaksanaan I~MaqSD.

Diharapkan sesi libat urus ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua peserta dalam melaksanakan fungsi dan program di kementerian-kementerian berpandukan kerangka strategik Maqasid Syariah.
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Pegawai JAKIM di Kementerian 1
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Pegawai JAKIM di Kementerian 2
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Pegawai JAKIM di Kementerian 3
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Pegawai JAKIM di Kementerian 4