Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 25 Mac 2021 – Inatitut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi melalui Kluster Kecemerlangan Kepimpinan Islam telah mengadakan Kursus Smart Integriti Secara Dalam Talian kepada seramai 28 orang peserta gred 19 – 40 dari pelbagai kementerian/agensi. Antara objektif kursus ini ialah untuk memberi kefahaman dan penghayatan integriti sebagai tonggak maruah diri dan organisasi, meningkatkan hubungan kerjasama dala organisasi melalui penghayatan nilai-nilai integriti dan memantapkan amalan nilai-nilai integriti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
 
Kursus selama dua (2) hari ini telah menggunakan khidmat penceramah daripada, ILIM kampus Utama Bangi Selangor, iaitu Encik Azhar bin Tuarno, Encik Zulkifli bin Tukiman, dan Encik Aimaduddin bin Kamaluddin serta dua orang fasilitator iaitu Encik Khairun Nizam bin Abd Samad dan Puan Junaidah bin Jaffar. Secara keseluruhan, kursus ini telah dapat meningkatkan penghayatan nilai-nilai integriti dalam kalangan peserta, mengukuhkan semangat kerjasama bagi membentuk organisasi yang cemerlang dan meningkatkan budaya kerja yg cemerlang.
 
Maklum balas dan reaksi daripada peserta mendapati bahawa mereka amat berpuas hati dengan kursus ini dan mengakui bahawa ia bukan sahaja bermanfaat kepada diri, bahkan bermanfaat kepada organisasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Rata-rata peserta menyatakan bahawa kursus sangat bermanfaat dan boleh ditambah baik pada masa-masa akan datang
 
Kursus Smart Integriti Secara Dalam Talian 1
 
Kursus Smart Integriti Secara Dalam Talian 2
 
Kursus Smart Integriti Secara Dalam Talian 3