Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya – 24 Mac 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah bersama Bahagian Latihan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah kepada warga JKSM. Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi penjelasan dan pengetahuan kepada semua warga JKSM tentang tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah dan pelaksanaan I~MaqSD.

Sesi Libat Urus ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. YAA Dato’ Setia Dr. di dalam ucapannya telah menyeru seluruh warga JKSM untuk memahami Maqasid Syariah yang menjadi teras utama Dasar Manhaj Rabbani.

Seterusnya Sesi Libat Urus ini dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, Ustazah Nor Safina bt. Zainal. Program ini dilaksanakan secara hybrid iaitu secara fizikal di Bahagian Latihan JKSM seramai 20 orang dan secara atas talian melalui aplikasi Cisco Webex seramai 79 orang. Program berlangsung selama 3 jam bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Sesi Libat Urus ini berjalan dengan lancar dengan penglibatan yang aktif secara dua hala dari peserta.

Diharapkan sesi libat urus ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua peserta dalam melaksanakan fungsi-fungsi agensi selaras dengan prinsip Maqasid Syariah.
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JKSM 1
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JKSM 2
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JKSM 3
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JKSM 4
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JKSM 5
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JKSM 6