Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
29 Mac 2021 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) kesekian kalinya secara konsisten meneruskan usaha memperkasa institusi penguatkuasaan agama dengan meneruskan Mesyuarat Jawatankuasa Penyemakan Dan Penggubalan Model Standard Operating Procedure (SOP) Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Bil.2/2021 melalui persidangan video bersama Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama (KPPA) seluruh Malaysia, wakil dari Jabatan Penjara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Penyelidikan JAKIM.
 
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah BPPPS itu telah membincangkan beberapa penambahbaikan terhadap Standard Operating Procedure (SOP) Mengiringi Orang Yang Ditangkap ke Mahkamah atau Tempat Tahanan. bahanMesyuarat tersebut juga merupakan salah satu usaha penyelarasan yang dilaksanakan oleh JAKIM dalam perkara perundangan bagi membantu memperkemaskan dan melancarkan pengurusan perkhidmatan serta tindakan penguatkuasaan syariah yang diamanahkan kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama Seluruh Malaysia.
 
Penggubalan Model SOP Penguatkuasaan Undang Undang Syariah Siri 2 1
 
Penggubalan Model SOP Penguatkuasaan Undang Undang Syariah Siri 2 2
 
Penggubalan Model SOP Penguatkuasaan Undang Undang Syariah Siri 2 3
 
Penggubalan Model SOP Penguatkuasaan Undang Undang Syariah Siri 2 4