Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya – 30 Mac 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah bersama pegawai-pegawai kanan TH bagi berkongsi input mengenai tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah dan pelaksanaan I~MaqSD

Sesi Libat Urus ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengurus Besar Bahagian Syariah TH dan pembentangan Rangka Kerja Pengawasan Tabung Haji oleh Pengurus Besar Program Strategik TH.

Seterusnya Sesi Libat Urus ini dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, Ustazah Nor Safina bt. Zainal. Program ini dilaksanakan secara atas talian melalui aplikasi Microsoft teams dan berlangsung selama 2 jam bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Diharapkan sesi libat urus yang diadakan ini mencapai objektif yang ditetapkan dalam mengaplikasikan kerangka strategik Maqasid Syariah dalam halatuju strategik yang dilaksanakan oleh pihak TH.
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama TH 1
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama TH 2
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama TH 3
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama TH 4
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama TH 5