Kurator Berita : Darul Quran
5 April 2021 - Darul Quran telah menerima lawatan audit akademik daripada pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah Dengan Kepujian Secara Kerjasama Dengan USIM. Lawatan ini berkaitan audit daripada aspek kualiti serta pengurusan fail-fail serta dokumen PdP (Pengajaran dan Pembelajaran) program pengajian tersebut. Aktiviti audit akademik ini dijalankan pada setiap semester bagi memastikan Program Ijazah DQ-USIM berjalan lancar serta selaras dengan Program Pengajian Ijazah seperti di USIM Nilai.

Untuk rekod, Darul Quran telah menjalinkan kerjasama dengan USIM dalam menjalankan Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Quran & Sunnah Dengan Kepujian ini sejak tahun 2009 lagi. Setakat tahun 2009-2020, DQ telah melahirkan seramai 337 orang graduan daripada Program Ijazah ini.
 
Lawatan Audit Akademik Program Ijazah Sarjana Muda DQ USIM 1
 
Lawatan Audit Akademik Program Ijazah Sarjana Muda DQ USIM 2
 
Lawatan Audit Akademik Program Ijazah Sarjana Muda DQ USIM 3
 
Lawatan Audit Akademik Program Ijazah Sarjana Muda DQ USIM 4