Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 6 April – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Muhadharah Ilmiah dan Majlis Apresiasi ILIM 2021 pada 6 April 2021 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Utama Bangi.
 
Muhadharah ilmiah telah menampilkan empat (4) orang panel iaitu YBhg. Datuk Khairul Shah bin Idrus, Majlis Keselamatan Negara (MKN), YBhg. Dato’ Pauzan bin Ahmar, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), YBrs. Dr. Noorhaire Sumarlie bin Nordin, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan YBrs. Dr Syed Syahridzan bin Syed Mohamad, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) serta moderator Tuan Haji Zakaria bin Othman, JAKIM yang telah mengupas dan membincangkan tajuk “Melestari Budaya Prihatin Dalam Penyampaian Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Pasca Covid-19”.
 
Objektif program diadakan bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai budaya prihatin dalam penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam pasca Covid-19 kepada pegawai-pegawai agama dalam peringkat negeri dan persekutuan termasuk pegawai-pegawai hal ehwal Islam yang ditempatkan di pelbagai kementerian dan agensi.
 
Penjawat awam amnya dan perkhidmatan hal ehwal Islam khususnya juga perlu mempunyai maklumat dan kefahaman yang jelas mengenai langkah-langkah persediaan bagi meneruskan agenda penyampaian perkhidmatan dalam norma baharu dengan lebih berkesan kepada masyarakat awam, di samping menepati kehendak hukum syarak bagi diseimbangkan dalam perkhidmatan awam.
 
Seterusnya YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyempurnakan perasmian program dan pelancaran Standard Perunding Latihan Islam JAKIM serta penyampaian pentauliahan kepada perunding latihan Islam dan penganugerahan Sijil Eksekutif Imam dan Muazzin.
 
Standard Perunding Latihan Islam (SPLI) ini merupakan komitmen JAKIM bagi memperakukan tahap kompetensi Perunding Latihan Islam (PLI) yang dilantik dan dijemput untuk menyampaikan pengajaran di institusi latihan atau mana-mana bahagian di JAKIM. Seramai 44 orang Perunding Latihan Islam telah dilantik yang terdiri daripada pegawai JAKIM, Pejabat YB Menteri di JPM, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
 
Manakala seramai 30 orang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) dan Penolong Hal Ehwal Islam (Penolong HEI) yang telah mengikuti Kursus Eksekutif Imam dan Muazzin menerima Sijil Eksekutif Imam dan Muazzin.
 
 
Muhadharah Ilmiah Dan Majlis Apresiasi ILIM 2021 1
 
Muhadharah Ilmiah Dan Majlis Apresiasi ILIM 2021 2
 
Muhadharah Ilmiah Dan Majlis Apresiasi ILIM 2021 3
 
Muhadharah Ilmiah Dan Majlis Apresiasi ILIM 2021 4
 
Muhadharah Ilmiah Dan Majlis Apresiasi ILIM 2021 5
 
Muhadharah Ilmiah Dan Majlis Apresiasi ILIM 2021 6
 
Muhadharah Ilmiah Dan Majlis Apresiasi ILIM 2021 7
 
Muhadharah Ilmiah Dan Majlis Apresiasi ILIM 2021 13
 
Muhadharah Ilmiah Dan Majlis Apresiasi ILIM 2021 14
 
Muhadharah Ilmiah Dan Majlis Apresiasi ILIM 2021 15
 
Muhadharah Ilmiah Dan Majlis Apresiasi ILIM 2021 8
 
Muhadharah Ilmiah Dan Majlis Apresiasi ILIM 2021 9
 
Muhadharah Ilmiah Dan Majlis Apresiasi ILIM 2021 10
 
Muhadharah Ilmiah Dan Majlis Apresiasi ILIM 2021 11