Jumaat (2 April 2021) – Mesyuarat Lembaga Penasihat Pembangunan Al-Quran Malaysia Kali Ke – 3/2021 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 8, Blok A, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kompleks Islam Putrajaya.
Mesyuarat yang di pengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff dan dihadiri oleh ahli-ahli dari pelbagai agensi itu antaranya membincangkan fungsi dan hala tuju pembangunan al-Quran di Malaysia. Beberapa keputusan dan kata sepakat telah diambil sepanjang mesyuarat berlangsung.










