Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya, 5 April– Pembangunan Dasar Manhaj Rabbani telah diteliti dengan lebih mendalam melalui Persidangan Meja Bulat yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah bertempat di Hotel Everly, Putrajaya.

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyatakan bahawa, “pengenalan Dasar Manhaj Rabbani merupakan kesinambungan kepada Dasar-dasar terdahulu dan ditambah baik bagi memperkasakan tadbir urus negara selaras dengan keperluan masa kini.” Beliau menyatakan demikian dalam ucapan Perasmian Penutup persidangan tersebut.

Terdahulu, seramai 25 orang cendekiawan di kalangan mufti, ketua agensi di Jabatan Perdana Menteri dan wakilnya, ahli akademik serta individu-individu yang mempunyai pengalaman luas dalam pembentukan sesebuah dasar utama kerajaan telah memberikan sumbang saran dan pandangan terhadap dasar yang diperkenalkan. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM.

Bagi memberikan pencerahan mengenai asas dan falsafah Dasar Manhaj Rabbani, Dr. Aizam bin Mas’od, Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyampaikan pembentangan pertama bertajuk ‘Falsafah Dasar Manhaj Rabbani’. Ia disusuli dengan ulasan daripada tiga pembentang jemputan iaitu YBhg. Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Yakub@Zulkifli bin Mohd. Yusoff, Pensyarah Kanan Akedemi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan YBhg. Prof. Madya Dr, Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Ahli panel persidangan turut berpeluang mendengar pembentangan Kertas Cadangan Kerangka Strategik Pelaksanaan Dasar Manhaj Rabbani yang disampaikan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Bahagian Maqasid Syariah JAKIM. Sebanyak enam resolusi telah dipersetujui oleh ahli panel sepertimana yang dibentangkan oleh Pengerusi Persidangan dalam Majlis Penutup dan Pembentangan Resolusi.
 
25 Cendekiawan Bersidang Meneliti Dasar Manhaj Rabbani 8
 
25 Cendekiawan Bersidang Meneliti Dasar Manhaj Rabbani 1
 
25 Cendekiawan Bersidang Meneliti Dasar Manhaj Rabbani 2
 
25 Cendekiawan Bersidang Meneliti Dasar Manhaj Rabbani 3
 
25 Cendekiawan Bersidang Meneliti Dasar Manhaj Rabbani 4
 
25 Cendekiawan Bersidang Meneliti Dasar Manhaj Rabbani 5
 
25 Cendekiawan Bersidang Meneliti Dasar Manhaj Rabbani 6
 
25 Cendekiawan Bersidang Meneliti Dasar Manhaj Rabbani 7