Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, - 8 April 2021 - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah menganjurkan Kursus Fiqh Veterinar secara dalam talian pada 07 hingga 08 April 2021 di Bilik Kuliah Al- Hafs, Kampus Utama Bangi, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Kursus yang dijalankan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan konsep penyembelihan dalam Islam, kaedah penyembelihan mengikut teknologi moden dan pendedahan fatwa-fatwa dan isu-isu semasa dalam penyembelihan.

Seramai 63 orang peserta terdiri dari pegawai hal ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dari pelbagai agensi telah menyertai kursus tersebut.

Penceramah yang dijemput bagi menjayakan kursus ini ialah Ustaz Mohammad Khalis Bin Mohammad Aroff, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM. Beliau merupakan pegawai yang mempunyai banyak pengalaman dalam pengurusan halal dalam dan luar negara terutama berkaitan penyembelihan halal.
 
Kursus ini mendedahkan kepada peserta berkaitan konsep penyembelihan dalam Islam, teknologi terkini penyembelihan, isu-isu berkaitan penyembelihan halal dan garis panduan pelaksanaan ibadah korban. Semoga kursus ini dapat memberi sedikit ilmu yang bermanfaat sebagai panduan dalam memahami dan mengaplikasi ilmu untuk kepentingan jabatan dan agensi masing-masing. Seterusnya dapat menyebarkan maklumat kepada seluruh masyarakat.
 
Kursus Sembelihan Halal Dan Teknologi Teori 1
 
Kursus Sembelihan Halal Dan Teknologi Teori 2
 
Kursus Sembelihan Halal Dan Teknologi Teori 3