Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya, 19 April 2021- Bahagian Maqasid Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah bersama warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) secara atas talian melalui aplikasi zoom. JAWI adalah merupakan agensi yang ke-13 di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang telah memberi komitmen dalam Sesi Libat Urus yang dilaksanakan oleh Bahagian Maqasid Syariah JAKIM bermula pada 17 Februari yang lalu.

Sesi Libat Urus ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh YBhg. Tuan Shamsul Akmal bin Abd. Aziz, Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Maqasid Syariah JAKIM dalam menjayakan Sesi Libat Urus ini dan mengharapkan semua peserta dapat mengambil manfaat sebaiknya dalam program ini.

Seterusnya YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Bahagian Maqasid Syariah JAKIM telah mengendalikan Sesi Libat Urus ini bermula jam 10.15 pagi hingga 12.00 tengah hari. Bagi memberi kefahaman yang lebih tuntas tentang aplikasi Maqasid Syariah dalam tadbir urus dan kehidupan seharian kepada peserta, Sesi Penjelasan ini juga disertai dengan perbincangan solusi isu-isu menggunakan pendekatan Minda Maqasid dan paparan video animasi bertajuk ‘Hiwar Maqasid’. Seramai 68 orang pegawai JAWI Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan gred 41 ke atas yang telah menyertai Sesi Libat Urus kali ini.

Antara objektif utama Sesi Libat Urus ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman yang jelas dan berkongsi input bersama peserta tentang pelaksanaan I~MaqSD dan tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah.

Semoga dengan terlaksananya Sesi Libat Urus ini, diharapkan dapat memberi manfaat besar kepada pegawai-pegawai JAWI dalam melaksanakan fungsi, program dan inisiatif organisasi selaras dengan kerangka Maqasid Syariah.
 
Libat Urus Maqasid Syariah Peringkat JAWI 1
 
Libat Urus Maqasid Syariah Peringkat JAWI 2
 
Libat Urus Maqasid Syariah Peringkat JAWI 3
 
Libat Urus Maqasid Syariah Peringkat JAWI 4
 
Libat Urus Maqasid Syariah Peringkat JAWI 5
 
Libat Urus Maqasid Syariah Peringkat JAWI 6
 
Libat Urus Maqasid Syariah Peringkat JAWI 7