Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
PUTRAJAYA – 22 April 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah bersama pegawai-pegawai Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP). Program ini dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi zoom yang melibatkan seramai 56 orang pegawai-pegawai Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan gred 41 ke atas.

Sesi Libat Urus ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan. Seterusnya Sesi Libat Urus ini dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, YBrs Ustazah Nor Safina bt. Zainal selama 2 jam bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Dalam taklimatnya, beliau memetik kata-kata tokoh pelopor teori Maqasid Syariah iaitu Syeikh Prof. Dr. Ahmad Al-Raysuni yang menegaskan tentang kepentingan Minda Maqasid Syariah dalam kehidupan:

‘Minda Maqasid melatih kita berfikir matlamat akhir (kebaikan dan redha Allah), membina insaniyyah dan peradaban (nilai dan etika mulia) dan menjadi panduan dalam membuat keputusan’

Antara objektif utama Libat Urus ini adalah untuk memberi penjelasan dan berkongsi maklumat terkini dengan semua peserta tentang tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah dan pelaksanaan I~MaqSD.

Diharapkan Sesi Libat Urus ini dapat memberikan impak positif kepada semua peserta dalam melaksanakan fungsi-fungsi agensi dan meningkatkan mutu perkhidmatan organisasi berasaskan kerangka strategik Maqasid Syariah.
 
Libat Urus Maqasid Syariah Bersama PMWP 1
 
Libat Urus Maqasid Syariah Bersama PMWP 2
 
Libat Urus Maqasid Syariah Bersama PMWP 3
 
Libat Urus Maqasid Syariah Bersama PMWP 4
 
Libat Urus Maqasid Syariah Bersama PMWP 5
 
Libat Urus Maqasid Syariah Bersama PMWP 6
 
Libat Urus Maqasid Syariah Bersama PMWP 7