Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Mei dan Jun 2021 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), JAKIM serta pihak syarikat yang dilantik iaitu Sands Consulting Sdn Bhd telah menganjurkan Bengkel Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) Bagi Aliran Kerja Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah Siri 1/2021 pada 19 dan 20 Mei 2021 dan Siri 2/2021 pada 08 dan 10 Jun 2021 secara atas talian. Bengkel UAT ini telah dihadiri oleh Pentadbir Sistem e-Jinayat Negeri, Ketua Penguat Kuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie Negeri yang merupakan pemegang taruh kepada sistem ini.

Penganjuran Bengkel UAT ini dilaksanakan bagi menyemak dan menguji sistem serta mengesahkan keperluan dan spesifikasi yang terkandung dalam Kajian Keperluan Pengguna (URS) telah dibangunkan oleh pihak BPM dan syarikat. Untuk rekod, sistem e-jinayat telah memasuki versi 3.1 yang melibatkan peningkatan kepada aliran kerja penguatkuasaan bagi kes-kes berkaitan siasatan yang kompleks, integrasi Sistem e-Jinayat dengan MyIdentity di Jabatan Pendaftaran Negara dan pembangunan sistem pelaporan data statistik kes kesalahan jenayah Syariah. Manakala aliran kerja pendakwaan ditingkatkan kepada suatu aliran kerja yang lebih sistematik di samping pembangunan sistem pelaporan data statistik bagi kes-kes berkaitan pendakwaan.

Semoga sistem yang telah dibangunkan oleh JAKIM ini dapat membantu semua pemegang taruh dalam melaksanakan proses kerja penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah dengan lebih efisien.

Bengkel UAT Sistem e Jinayat Siri 1 dan 2 2021 1

Bengkel UAT Sistem e Jinayat Siri 1 dan 2 2021 2

Bengkel UAT Sistem e Jinayat Siri 1 dan 2 2021 3