Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
PUTRAJAYA – 9 Jun 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah mengadakan sesi penjelasan dan perkongsian mengenai Maqasid Syariah dalam tadbir urus organisasi kepada pengurusan tertinggi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Sesi penjelasan dan perkongsian tersebut diadakan semasa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha KPDNHEP.

Sesi yang diadakan secara atas talian melalui aplikasi googlemeet pada jam 10.30 pagi ini dikendalikan oeh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Bahagian Maqasid Syariah JAKIM. Agenda utama dalam pembentangan tersebut adalah mengenai intipati buku Maqasid Syariah: Pelaksanaan dan Aplikasi Dalam Pengurusan Dan Pentadbiran yang telah dilancarkan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 8 Mac 2021. Seramai 32 orang pegawai-pegawai kanan yang terdiri daripada pengurusan tertinggi KPDNHEP terlibat dalam sesi perkongsian ini. YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha KPDNHEP dalam rumusan beliau menyatakan bahawa Maqasid Syariah sangat penting difahami dan dilaksanakan dalam konteks pentadbiran, kerana ia membentuk pemikiran dan perlakuan serta mendidik kita menghayati setiap perbuatan dan tugas-tugas yang dilaksanakan selaras dengan Maqasid Syariah bagi mencapai kebaikan dan kesejahteraan untuk semua rakyat tanpa mengira agama.

Sesi penjelasan dan perkongsian ini berjalan dengan aktif dengan penglibatan dua hala semasa sesi soal jawab.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan impak positif kepada pihak KPDNHEP dalam melaksanakan fungsi-fungsi kementerian berasaskan kerangka strategik Maqasid Syariah dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi.

Penjelasan Maqasid Syariah Kepada Pengurusan Tertinggi KPDNHEP 1

Penjelasan Maqasid Syariah Kepada Pengurusan Tertinggi KPDNHEP 2

Penjelasan Maqasid Syariah Kepada Pengurusan Tertinggi KPDNHEP 3

Penjelasan Maqasid Syariah Kepada Pengurusan Tertinggi KPDNHEP 4