Kurator Berita : Bahagian Dakwah
24 Jun 2021 (Khamis) - Telah diadakan Majlis Apresiasi Kasih Kampung Orang Asli (KOA) Negeri Selangor. Majlis yang diadakan secara atas talian ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Majlis diadakan bagi meraikan anak-anak orang asli yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 yang lalu. Seramai 6 orang anak orang asli negeri Selangor berjaya mendapat keputusan SPM melebihi 5A. Majlis seumpama ini merupakan julung kalinya diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar ini sebagai pemangkin bagi menyuntik semangat anak-anak orang asli untuk lebih berjaya di masa hadapan.

Pada majlis itu juga, JAKIM menerusi Tabung Musaadah Covid-19 turut menyalurkan sumbangan musaadah berjumlah RM38,500.00 kepada 5 buah kampung orang asli di Selangor yang terkesan sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini.

Majlis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ini disiarkan secara langsung di 6 lokasi kampung orang asli negeri Selangor dan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Puan Sabariah binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah Dakwah, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) serta Puan Normala binti Minhad, Penolong Pengarah Pengurusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Majlis Apresiasi Kasih KOA Negeri Selangor 1

Majlis Apresiasi Kasih KOA Negeri Selangor 2

Majlis Apresiasi Kasih KOA Negeri Selangor 3

Majlis Apresiasi Kasih KOA Negeri Selangor 4

Majlis Apresiasi Kasih KOA Negeri Selangor 5

Majlis Apresiasi Kasih KOA Negeri Selangor 6