Kurator Berita : Darul Quran
29 Jun 2021 – Seperti kelaziman sebelum memulakan kuliah bagi setiap semester, Darul Quran telah mengadakan Taklimat Akademik Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat bagi Semester Satu, Tiga dan Lima yang akan bermula pada 5 Julai 2021. Sesi taklimat ini bukan sahaja melibatkan pensyarah-pensyarah dari Darul Quran tetapi turut melibatkan para pensyarah dari Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) seluruh Malaysia.

Taklimat yang diadakan secara dalam talian ini telah dirasmikan oleh Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori Jusoh. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyarankan supaya para pensyarah saling berkongsi maklumat berkaitan berkaitan pengajaran bagi memantapkan lagi kuliah-kuliah yang akan dijalankan secara PDPR nanti. Agenda selanjutnya diteruskan dengan sesi taklimat dari unit-unit pengurusan Cawangan Akademik seterusnya sesi taklimat dari jabatan-jabatan pengajian mengikut bidang pensyarah masing-masing.

Berdasarkan kesemua persiapan yang telah dibuat ini, diharapkan para pelajar sama ada di Darul Quran ataupun di LTDQ dapat menjalani kuliah dengan lancar serta berkesan walaupun ianya dijalankan menggunakan kaedah PDPR.

Taklimat akademik Program Diploma Tahfiz Al Quran Al Qiraat 1

banyak lagi gambar di http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=455