Kurator Berita : Bahagian Dakwah
5 Julai 2021 (Isnin) telah berlangsung Program Coffe Talk Session : PMOA Kerjaya Syurga secara maya menerusi aplikasi zoom meeting. Program yang julung kali diadakan ini melibatkan semua Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) di seluruh Malaysia. Seramai 231 orang peserta telah mengikuti program ini bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tgh hari.

Program ini dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, JAKIM.Turut hadir bersama beberapa pegawai kanan dari Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), antaranya. Tn Haji Fadzli b. Mat Saman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Pahang, YBrs. Puan Sabariah binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS, Ustaz Ridzuan Awang, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, serta Pegawai Kanan dari Jabatan Agama Islam Melaka dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Pengisian program adalah slot ceramah bertemakan dakwah interpersonal. Pada sesi 1, ceramahdisampaikan olehUstaz Jasni bin Ajom, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan dengan topiknya Tips Memikat Masyarakat Orang Asli. Seterusnya, sesi 2, ceramah disampaikan oleh YBhg. Dr Zulkefli bin Aini, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM tentang Dakwah Cara Rasulullah dan bagi sesi 3pula disampaikan oleh Ustaz Mohd Firdauz bin Mohd Shukran, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti dengan tajuknya Dakwah Interpersonal Melalui Media Baru.

YBhg. Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah amat berbesar hati dengan perkembangan dakwah Orang Asli melalui usaha PMOA yang menggunakan setiap medium dalam menyebarkan dakwah. Program seumpama ini yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran PMOA perlu diteruskan supaya norma baharu yang sedang kita jalani sejak lebih setahun lalu mampu memberi inovasi untuk mengubah cara pelaksanan kerja dakwah khususnya kepada masyarakat Orang Asli.

PMOA Kerjaya Syurga 1

PMOA Kerjaya Syurga 2