Kurator Berita : Darul Quran
7 Julai 2021 - Bermula hari ini dan esok, para pensyarah Darul Quran dan Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) akan mengikuti Latihan Training of Trainers (TOT) bagi Kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) secara dalam talian. Kursus yang diurus setiakan oleh Unit Kompetensi Cawangan Kualiti Darul Quran ini mendapat kerjasama daripada pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui dua orang wakil perunding TOT iaitu Dr. Norhafiza Mohd Hed, Ketua Jabatan Pengajian Kemasyarakatan & Kewarganegaraan, Fakulti Sains Kemanusiaan dan Dr. Siti Noranizahhafizah Boyman, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan & Kewarganegaraan, Fakulti Sains Kemanusiaan.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti Darul Quran, Ustaz Abdul Halem Hapiz Salihin. Antara tujuan pelaksanaan kursus ini ialah untuk memberikan latihan kepada pensyarah DQ dan LTDQ dalam tiga subjek mata pelajaran pengajian umum iaitu “Pengajian Malaysia”, “Khidmat Masyarakat” serta “Kepimpinan & Kemahiran Interpersonal”. Kursus ini juga untuk memastikan para pensyarah menepati kelayakan yang ditetapkan dalam syarat pematuhan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Semoga para peserta kursus dapat mengikuti dan mendapat latihan yang sepenuhnya sepanjang dua hari ini. Syabas dan tahniah.

Latihan TOT Kursus MPU 1

sumber dari http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=458