Kurator Berita : Darul Quran
8 Julai 2021 – Dalam usaha untuk mengadakan kerjasama akademik dengan The World Islamic Sciences and Education University (WISE University) di Jordan, DQ telah mengadakan inisiatif dengan mengadakan perbincangan bersama Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) bagi mendapatkan maklumat berkenaan mu’adalah antara MARSAH dengan WISE University. Agenda utama sesi perbincangan ini adalah berkenaan perkongsian pengalaman MARSAH dalam menjalinkan kerjasama akademik dengan WISE University.

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Rektor MARSAH, Prof. Madya Dr. Hussin Salamon. Diikuti oleh empat orang pegawai MARSAH iaitu Pendaftar, Ustaz Muhammad Sanusi Md. Noh merangkap pembentang dalam sesi perbincangan hari ini, Ustaz Yazid Baharin, Dekan Sekolah Pengajian Islam, Ustaz Othman Sahalan, Ketua Program Sekolah Dakwah dan Ustaz Mohd Hazwan Nor Hashim selaku Ketua Program Tahfiz Al-Quran.

Banyak input yang diperolehi melalui perbincangan yang berlangsung selama hampir lebih dua jam ini terutamanya maklumat berkenaan MARSAH serta program-program pengajiannya termasuk program turath. Semoga melalui perbincangan ini akan menatijahkan gerak kerja yang positif oleh pihak DQ di samping mengeratkan lagi hubungan antara DQ dan MARSAH.

Perbincangan Bersama Kolej Pengajian Islam Johor

banyak lagi gambar di http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=459