Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
PUTRAJAYA, 8 Julai 2021 (Khamis) : Bertempat di Aras 10, Kompleks Islam Putrajaya dan di Persada Majma' Tunku Abdul Halim Muadzam Shah Kompleks Islam Sarawak, Sarawak, berlangsung secara maya, Majlis Penyerahan Sumbangan Keamanan Palestin Daripada Umat Islam Sarawak yang disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di serahkan oleh YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Sarawak. Sumbangan Dana Keamanan Palestin ini adalah daripada Umat Islam Sarawak, hasil usaha dari kutipan Masjid-masjid dan Surau-surau di seluruh Negeri Sarawak berjumlah RM1 juta.

Sumbangan kepada warga Palestin bertujuan untuk menzahirkan rasa kebersamaan dan solidariti terhadap nasib yang menimpa umat Islam di Palestin yang dizalimi olleh pihak zionis Israel sehingga menyebabkan banyak nyawa yang terkorban dan kerosakan harta benda yang besar. Di samping itu, dana sumbangan yang diterima pada hari ini juga, akan disalurkan kepada warga Palestin yang menghadapi kesempitan hidup, terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, kerana ramai di kalangan yang turut terjejas, tidak dapat keluar bekerja dan terputus sumber rezeki

Tetamu kehormat lain yang hadir mengiringi YB Menteri adalah YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM, manakala bagi Kerajaan Negeri Sarawak dihadiri oleh YBhg. Datu Haji Misnu Bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Bin Haji Yassin Mufti Negeri Sarawak, YBhg. Tuan Haji Khalidi bin Ibrahim Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Merangkap Setiausaha Majlis Islam Sarawak, YBhg. Datu Haji Abang Mohd. Shibli Haji Abang Mohd Nailie Pengurus Besar, Tabung Baitulmal Sarawak dan Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap Bin Haji Abang Julai Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak.

Turut hadir bersama Tuan Haji Ruslan Bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, YBrs. Tuan Abdul Halim bin Mat Yusop Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Turut hadir YBrs. Pegawai-pegawai Kanan JAKIM dan rakan-rakan media. YB Menteri seterusnya mengangkat setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan negeri Sarawak atas sumbangan tersebut, Semoga hubungan kerjasama erat ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang, demi kesejahteraan ummah, Juga kepada semua penyumbang yang ikhlas, semoga setiap sumbangan mereka akan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran dan mendapat keredhaan Allah SWT

Majlis Penyerahan Sumbangan Keamanan Palestin Daripada Umat Islam Sarawak 1

Majlis Penyerahan Sumbangan Keamanan Palestin Daripada Umat Islam Sarawak 2

Majlis Penyerahan Sumbangan Keamanan Palestin Daripada Umat Islam Sarawak 3

Majlis Penyerahan Sumbangan Keamanan Palestin Daripada Umat Islam Sarawak 4

Majlis Penyerahan Sumbangan Keamanan Palestin Daripada Umat Islam Sarawak 5

Majlis Penyerahan Sumbangan Keamanan Palestin Daripada Umat Islam Sarawak 6

Majlis Penyerahan Sumbangan Keamanan Palestin Daripada Umat Islam Sarawak 7

Majlis Penyerahan Sumbangan Keamanan Palestin Daripada Umat Islam Sarawak 8

Majlis Penyerahan Sumbangan Keamanan Palestin Daripada Umat Islam Sarawak 9