Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
PUTRAJAYA - 12 Julai 2021, Bahagian Maqasid Syariah dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membangunkan aplikasi MyMaqasid dalam laman web JAKIM bagi memudahkan masyarakat atau pengguna untuk mengakses maklumat atau aktiviti terkini mengenai pelaksanaan Maqasid Syariah dalam tadbir urus oleh JAKIM dan pelbagai agensi. Komitmen dan pelaksanaan ini juga adalah selaras dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena istiadat pembukaan Parlimen penggal ketiga pada 18 Mei 2020 yang menggariskan agar pentadbiran negara dipacu oleh prinsip Maqasid Syariah.

Aplikasi MyMaqasid yang diwujudkan ini mengandungi maklumat-maklumat berbentuk infografik, video pendek, e-book, artikel/kertas kerja, garis panduan, berita dan laporan semasa program/aktiviti Maqasid Syariah, maklumat ringkas berkaitan tokoh-tokoh pelopor Maqasid Syariah dan inisiatif Minda Maqasid Syariah dalam pengurusan organisasi dan kehidupan seharian. MyMaqasid boleh diakses melalui Laman Web JAKIM dalam ruangan ikon utama Produk Dan Perkhidmatan Digital.

MyMaqasid mengandungi 7 komponen iaitu pengenalan MyMaqasid, FAQ Maqasid, e-book, e-poster, I~MaqSD, Aplikasi Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Dan Pentadbiran serta Segmen Pembudayaan Dan Penjelasan Maqasid. Inisiatif ini diharap dapat memberi kemudahan kepada masyarakat untuk mengakses maklumat mengenai Maqasid Syariah khususnya berkaitan pelaksanaannya dalam tadbir urus negara.

Info Pelaksanaan Maqasid Syariah Melalui MyMaqasid 1

Info Pelaksanaan Maqasid Syariah Melalui MyMaqasid 2

Info Pelaksanaan Maqasid Syariah Melalui MyMaqasid 3

Info Pelaksanaan Maqasid Syariah Melalui MyMaqasid 4

Info Pelaksanaan Maqasid Syariah Melalui MyMaqasid 5

Info Pelaksanaan Maqasid Syariah Melalui MyMaqasid 6

Info Pelaksanaan Maqasid Syariah Melalui MyMaqasid 7

Info Pelaksanaan Maqasid Syariah Melalui MyMaqasid 8

Info Pelaksanaan Maqasid Syariah Melalui MyMaqasid 9