Kurator Berita : Darul Quran
17 Julai 2021 - Dalam usaha menjadikan Darul Quran sebagai institusi yang melahirkan para huffaz yang turut mempunyai kemahiran dalam bidang seni khat, Darul Quran telah menganjurkan Webinar Kesenian Khat 2021. Antara lain tujuan webinar ini diadakan adalah untuk menyediakan suatu platform yang bersesuaian kepada para peserta untuk mengembangkan bakat dan potensi bagi mendapatkan hasil penulisan yang lebih kreatif. Di samping para peserta juga dapat mengetahui cara dan teknik yang betul dalam penulisan khat.

Ustaz Mohd Zulfikri Mohd Sobri selaku Ketua Jabatan Seni Khat Yayasan Restu merangkap Setiausaha Persatuan Seni Khat Kebangsaan telah diundang sebagai penceramah khas dalam webinar ini. Webinar ini secara khususnya disasarkan penyertaannya kepada para pelajar Darul Quran serta Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) melalui medium Google Meet. Ia juga turut dapat ditonton oleh masyarakat awam secara langsung melalui Facebook rasmi Darul Quran JAKIM.

Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori Jusoh telah merasmikan webinar ini. Dalam ucapan perasmiannya beliau mengucapkan tahniah dan berharap supaya program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Semoga semua objektif program yang telah digariskan berjaya dicapai.

Webinar Kesenian Khat 2021 1

sumber dari http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=461