Kurator Berita : Darul Quran
22 Julai 2021 – Sebanyak 140 bungkus daging korban telah diagihkan hari ini kepada kakitangan Darul Quran serta para pekerja swasta dari syarikat pembersihan, landskap, penyelenggaraan dan keselamatan Darul Quran. Agihan daging-daging korban ini telah disampaikan oleh Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori Jusoh.

Bagi ibadah korban pada tahun ini, Darul Quran telah memperuntukkan sebanyak dua ekor lembu untuk diagihkan. Semua proses bermula daripada sembelihan, melapah daging serta pembungkusan telah dibuat di pusat penyembelihan Syafi Nature Farm Serendah berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Semoga ibadah korban warga DQ ini diterima oleh Allah SWT.

Agihan Daging Korban DQ

sumber berita dari http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=463