Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah

Retreat semakan untuk perkasa agensi agama 1

JANDA BAIK – Satu retreat (pemukiman) Semakan Setengah Tahun 2019 Pelan Intervensi Kluster Agensi Agama Persekutuan 2019 kini berlangsung di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, di sini.
 
Pemukiman tersebut yang bermula hari ini hingga 9 Ogos 2019, dihadiri oleh Ketua-ketua agensi, pengurusan tertinggi jabatan dan pengarah-pengarah agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri yang telah dibahagikan mengikut kluster.
 
Antara yang hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Haji Mohamad Nordin Ibrahim, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, dan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof. Dato’ Dr. Azizan Baharuddin.
 
 
Retreat semakan untuk perkasa agensi agama 2
 
Retreat semakan untuk perkasa agensi agama 3
 
Objektif retreat adalah untuk menyemak pencapaian setengah tahun setiap kluster yang terdiri daripada Kluster Perundangan dan Kehakiman, Pendidikan dan Pembangunan Insan, Dakwah dan Media, Sosioekonomi, Pengurusan Haji dan Pensijilan Halal, Pengurusan Masjid serta Penyelidikan dan Pemikiran Maqasid.
 
“Pelan intervensi ini penting bagi menggerakkan semua agensi secara bersepadu dan tidak secara silo.”
 
“Tujuh kluster inilah yang berfungsi sebagai tapak untuk mencapai visi menjadikan Malaysia sebagai model pentadbiran Islam terunggul yang progresif dan inklusif menjelang tahun 2025,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, dalam majlis pembukaan retreat.
 
Retreat semakan untuk perkasa agensi agama 4
 
Beliau turut sama melibatkan diri dalam sesi pembentangan setiap kluster selain memberi pandangan dan cadangan penambahbaikan.
 
Cadangan-cadangan ini dilihat penting ke arah tambah baik agar setiap pelan tindakan dapat dilaksanakan sebaik mungkin, sekaligus membantu menjayakan gagasan Rahmatan Lil Alamin yang diusahakan kerajaan.