Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 22 Julai – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kelas Pengajian Kitab Turath Bidang : Tasawuf Siri Ke-2 Kitab Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah kepada Pegawai Hal Ehwal Islam bagi Gred S19 hingga S48 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan agensi-agensi Agama di bawah Pejabat YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri. Program ini dilaksanakan pada 22 Julai 2021 melalui medium Google Meet dan telah mencapai kehadiran seramai 54 peserta.

Objektif program ini diadakan bagi melahirkan pakar rujuk dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, di samping mengetengahkan Pegawai Hal Ehwal Islam yang berkepakaran dalam tiga (3) bidang iaitu Fekah, Tauhid dan Tassawuf melalui pembelajaran kitab-kitab turath. Menerusi siri-siri Kelas Pengajian Kitab Tasawwuf, pembelajaran berdasarkan bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab dibimbingi oleh S.S Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan sebagai penceramah program, dengan merujuk kepada Kitab Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah karangan Syeikh Imam Abdul Karim bin Hawazin al-Qusyairi. Lanjutan daripada pengenalan kitab di dalam siri pertama, siri kali ini membahas perbincangan mutafarraqat ahli-ahli tasawuf dlm hal-hal usul akidah.

Semoga siri kelas pengajian ini dan siri-siri akan datang berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan penguasaan bidang ilmu tasawwuf dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam, serta melahirkan kepakaran yang mahir ilmu turath.

Pengajian Kitab Turath Bidang Tasawuf Siri Ke 2

sumber berita https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/824-kelas-pengajian-kitab-turath-bidang-tasawuf-siri-ke-2-kitab-ar-risalah-al-qusyairiyyah