Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
09 JULAI 2021 / 28 ZULQA’IDAH 1442H - JUMAAT

Bahagian Pendidikan JAKIM telah menganjurkan Majlis Tadarus dan Dialog bersama Penyelia KAFA seluruh Malaysia. Majlis yang telah dirancang dan disusun sebanyak 10 siri telah bermula pada 23 Jun 2021 hingga 30 Julai 2021 bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan penyelia KAFA bagi memantapkan pelaksanaan program KAFA di negeri-negeri, menyuntik motivasi serta mendoakan kesejahteraan warga KAFA.

Melalui ruangan ini YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM telah bersama-sama bertadarus dan berdialog dengan Penyelia KAFA negeri Sabah. Dalam pertemuan tersebut, Ketua Pengarah JAKIM telah mengucapkan tahniah pada semua penyelia yang telah disambung kontrak dan berkongsi berita gembira bahawa sebahagian kontrak penyelia yang akan tamat pada bulan Julai dan September 2021 telah mendapat kelulusan penyambungan daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Di samping itu, para penyelia telah mengambil kesempatan dan peluang untuk berkongsi tentang aktiviti-aktiviti mereka sepanjang tempoh PDPR di musim pandemik ini. Mereka turut berkongsi aktiviti-akttiviti dan isu-isu yang membabitkan guru-guru KAFA sama ada berkaitan musibah serta misi bantuan yang telah dijalankan.

Datuk Ketua Pengarah juga berbesar hati memberikan pandangan dan nasihat agar semua warga JAKIM sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik. Dalam konteks penyelia dan guru KAFA, ibu bapa dan murid-murid adalah ‘pelanggan’yang perlu disantuni dan dilayani secara positif. Sesungguhnya kerja yang dilakukan ini merupakan ibadah kepada ummah yang patut berterusan dan tidak terhenti setakat kita menjawat tugas rasmi semata-mata.

Semoga inisiatif dan usaha ini menjadi wadah untuk kita berkongsi segala informasi berkaitan dengan program yang dilaksanakan dan keperluan semasa disamping dapat membuat hebahan sebarang bentuk bantuan yang disampaikan. Semoga segala kerja dan usaha murni ini dikira sebagai amal kebajikan kita disisi Allah

Majlis Tadarus Al Quran Dan Dialog Bersama Penyelia KAFA 1

Majlis Tadarus Al Quran Dan Dialog Bersama Penyelia KAFA 2

Majlis Tadarus Al Quran Dan Dialog Bersama Penyelia KAFA 3

Majlis Tadarus Al Quran Dan Dialog Bersama Penyelia KAFA 4

Majlis Tadarus Al Quran Dan Dialog Bersama Penyelia KAFA 5