Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian dan Penambahbaikan Data Sekolah Agama dan KAFA Siri 2/2021 pada 22 dan 23 Julai 2021 secara dalam talian. Bengkel telah dihadiri oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri dan Penyelia KAFA yang bertanggungjawab menyelaras data Sekolah Agama dan KAFA di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkemas pengurusan data dan maklumat Pendidikan Islam di Malaysia dalam Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) melalui pengemaskinian data Sekolah Agama dan KAFA. Selain itu sesi Latihan penggunaan aplikasi system yang baru, SIMPENI 3.0 turut diadakan. 

Bengkel yang diadakan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) JAKIM ini dikendalikan oleh dua orang fasilitator berpengalaman dalam SIMPENI iaitu Puan Farhana binti Zainol Abidin dan Puan Syakirah Adibah binti Mohd Ghazali dari BPM. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ustazah Fauziah binti Razap selaku Ketua Cawangan Pembiayaan dan Pentaksiran, bahagian Pendidikan JAKIM. Diharapkan bengkel yang dijalankan ini dapat mencapai kualiti yang diperlukan walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19.

Bengkel Pengemaskinian Dan Penambahbaikan Data Sekolah Agama Dan KAFA Siri 2 2021 1

Bengkel Pengemaskinian Dan Penambahbaikan Data Sekolah Agama Dan KAFA Siri 2 2021 2

Bengkel Pengemaskinian Dan Penambahbaikan Data Sekolah Agama Dan KAFA Siri 2 2021 3

Bengkel Pengemaskinian Dan Penambahbaikan Data Sekolah Agama Dan KAFA Siri 2 2021 4

Bengkel Pengemaskinian Dan Penambahbaikan Data Sekolah Agama Dan KAFA Siri 2 2021 5