Kurator Berita : Bahagian Penyiaran
27 Julai 2021 – Para pegawai JAKIM dan pengacara rancangan-rancangan agama terbitan Penyiaran JAKIM telah mengikuti Bengkel Pemantapan Da’ie JAKIM Siri 2 (PEMANTAP 2.0) anjuran Bahagian Penyiaran, JAKIM.

Bengkel Siri-2 secara dalam talian ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Ahmad Badrul Sani Baharudin, Pengasas dan Jurulatih Komunikasi, Badrul Sani International. Penuh bertenaga dan berkarisma Tuan Haji Ahmad Badrul Sani berkongsi teknik komunikasi memikat hati khususnya dalam konteks dakwah penyiaran melalui TV, radio dan platform digital.

Bengkel ini adalah antara usaha berterusan Penyiaran JAKIM untuk memperkasakan nilai tambah kualiti penerbitan rancangan-rancangan agama sebagai kandungan dakwah.

Bengkel Pemantapan Daie JAKIM Siri 2 1

Bengkel Pemantapan Daie JAKIM Siri 2 2

Bengkel Pemantapan Daie JAKIM Siri 2 3

Bengkel Pemantapan Daie JAKIM Siri 2 4

Bengkel Pemantapan Daie JAKIM Siri 2 5