Kurator Berita : Bahagian Dakwah
7 Ogos 2021 – Program Musa’adah Covid19 menyantuni warga Somalia anjuran bersama agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HEA) iaitu Yayasan Waqaf Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM), JAWI Kuala Lumpur dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Majlis simbolik penyampaian sumbangan barang makanan kepada 30 orang pelarian Somalia (pemegang kad UNHCR) telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah diadakan di tiga (3) lokasi iaitu Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, Masjid Zaid bin Haritsah dan Masjid Jami’e Sa’ad Abi Waqqas, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Pejabat Kedutaan Republik Negara Somalia diwakili oleh Atasse Penyiaran iaitu Encik Abdimajit Mohamed Osman. Hadir sama dalam majlis ini ketua-ketua agensi atau wakil iaitu Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dato’ Mohd. Reza bin Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Amanah YaPEIM, Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Tuan Haji Mohd. Fadzil bin Abu Kasim Timbalan PengarahOperasi JAWI, Puan Parihah binti Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Tuan Haji Talmizi bin Yahaya, Pengurus Baitulmal MAIWP dan Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid.

Bentuk bantuan dan gerak kerja program ini diselaras bersama oleh agensi di bawah YB Menteri di JPM (HEA) iaitu Yayasan Waqaf Malaysia, YADIM, YaPEIM dan Baitulmal MAIWP dalam bentuk agihan barangan makanan bernilai RM100.00 kepada 2,000 keluarga pelarian Somalia yang menetap sekitar Lembah Klang. Manakala, JAKIM dipertanggungjawabkan untuk bantuan berupa kewangan RM100.00 kepada 14 orang pelarian Somalia.


Program Musaadah Covid 19 Warga Somalia 1


Program Musaadah Covid 19 Warga Somalia 3


Program Musaadah Covid 19 Warga Somalia 4