Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Bual Bicara Komuniti Hidayah Milik Allah 1

BUAL BICARA KOMUNITI:
“Hidayah Milik Allah”

9 Ogos 2021 (Isnin) –Bahagian Dakwah melalui Unit Komuniti telah berjaya mengadakan program Bual Bicara Komuniti secara atas talian. Program ini merupakan sebahagian daripada program Dakwah Bil Hal, Bahagian Dakwah, JAKIM. Pelaksanaan secara atas talian bagi menggantikan program turun padang. Ini seiring dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti berbentuk seminar/ bengkel dan seumpamanya. Dengan adanya program online dalam situasi Fasa 1 Pelan Pembangunan Negara (PPN)ianya merupakan usaha untuk memastikan mesej agama ini dapat disalurkan kepada seluruh masyarakat.

Bual bicara komunitiini mengupas tajuk Hidayah Milik Allah bersempena sambutan Maal Hijrah 1443H.Tetamu jemputan iaituBro. Firdaus Wong, Pengasas & Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) dan diterajui oleh Ustaz Kamal Amir bin Osman, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).Antara perkara yang dibincangkan ialah berkaitan hidayah dan hijrah itu saling berkait rapat antara satu sama lain, cabaran dan penerimaan keluarga ketika baru kembali kepada fitrah Islam dan apakah kekuatan yang menjadikan panel terus istiqomah sebagai seorang muslim sehingga ke hari ini dengan pelbagai tomahan dan rintangan yang dihadapi oleh beliau.Justeru, medium secara atas talian ini perlu dilaksanakan supaya boleh diakses dengan mudah dan pantas oleh masyarakat dalam usaha mengalakkan masyarakat untuk mengambil vaksin bagi kesejahteraan ummah.

Selepas satu jam, program ini telah mendapat 1.9k viewersdan ternyata memberi impak positif daripada kupasan panel yang mampu menyuntik hati masyarakat untuk dijadikan sebagai perangsang terus beristiqomah dalam berdakwah menyebar islam, kerana dakwah itu tiada penghujungnya.