Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Bicara Rakan Masjid Hospital 1

BICARA RAKAN MASJID HOSPITAL (RAMAH)
Nikmat Pendengaran: Penjagaan dan Rawatan

9 Ogos 2021 (Isnin) - Program Bicara Rakan Masjid Hospital (RAMAH) secara atas talianini merupakan sebahagian daripada program Dakwah Bil Hal Program Bahagian Dakwah, yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019 lagi bagi memperkasa dan memperluaskan peranan masjid sebagai pusat aktiviti sosial umat Islam melalui penglibatan para sukarelawan atau pihak masjid bersama dengan pihak hospital.

Bermula awal tahun 2021, Bahagian Dakwah, JAKIM mengambil inisiatif melaksanakan program secara online bagi menggantikan program turun padangseiring dengan arahan MKN yang tidak membenarkan sebarang aktiviti berbentuk seminar/ bengkel dan seumpamanya diadakan secara bersemuka.

Bicara RAMAH kali ini mengupas tajuk Nikmat Pendengaran: Penjagaan dan Rawatanoleh Prof. Dr. Irfan binMohamadyang merupakanPakar Perubatan Otorinolaringologi, Hospital Universiti Sains Malaysia. Program ini diterajui oleh Coach Ridzuan bin Abdul Ghani.

Melalui program online ini, para pendengar dapat mengetahui tentang betapa besarnya kurniaan nikmat pendengaran yang patut disyukuri oleh manusia. Selain menjelaskan tentang fungsi telinga ini sebagai salah satu deria, turut dikongsi bersama tentang masalah yang dihadapi sekiranya telinga ini tidak dijaga dengan baik dan juga tips yang berguna untuk diamalkan bagi memastikan telinga ini sentiasa dapat berfungsi dengan baik.