Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
PUTRAJAYA, 1 November : Hampir 200 orang pengamal media cetak, media elektronik dan media online telah hadir dalam Majlis Makan Malam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Bersama Media pada 1 November 2019 di Hotel Marriot Putrajaya baru-baru ini.
 
Majlis anjuran JAKIM dengan kerjasama agensi-agensi agama di bawah JPM itu bertujuan meraikan rakan-rakan media yang banyak memberi sokongan kepada agensi-agensi agama selama ini. YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di JPM ketika berucap dalam majlis tersebut memberi saranan agar pihak media tidak menjadikan isu agama dan bangsa terlalu dominan dalam pelaporan berita. Namun, ia tidak bermakna saranan tersebut menyekat kebebasan media.
 
Hadir sama memeriah majlis ialah YB Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di JPM, Ketua Pengarah JAKIM, Ketua Pengarah JKSM, Pengerusi Tabung Haji, Pengerusi MAIWP, Pengerusi YaPEIM, Pengerusi TV Al-Hijrah serta ketua-ketua agensi yang lain. Ketua-ketua media yang hadir ialah Ketua Pengarang Media Karangkraf merangkap Pengerusi TV Alhijrah, Ketua Pengarang BERNAMA yang turut memberi ucapan mewakili media, Pengarang Eksekutif Berita Harian dan rakan-rakan media yang lain.
 
Suasana majlis ini juga begitu meriah dengan sesi ramah mesra YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di JPM dan YB Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di JPM bersama rakan-rakan media dalam kalangan pelbagai kaum dan agama. Rakan-rakan media yang hadir juga amat berpuas hati dan memberi maklumbalas yan baik.
 
Semoga jalinan erat antara media bersama JAKIM dan semua agensi di bawah YB Menteri di JPM akan membuahkan hasil yang positif dalam rangka untuk menyebar luaskan dasar Islam yang dibawa oleh Kerajaan pada hari ini khususnya yang berkait dengan Gagasan Negara Rahmah berteraskan kepada konsep Rahmatan Lila’lamin dan Maqasid Syariah.
 
Media Night 2019 1
 
Media Night 2019 2
 
Media Night 2019 3
 
Media Night 2019 4
 
Media Night 2019 5
 
Media Night 2019 7
 
Media Night 2019 8
 
Media Night 2019 9
 
Media Night 2019 11
 
Media Night 2019 12