Kurator Berita : Bahagian Dakwah
12 Ogos 2021 – Program Musa’adah Covid19 menyantuni Pos Sekatan Jalan Raya (SJR) Kampung Tanah Puteh, Gua Musang, Kelantan yang dilanda rebut kuat pada awal Ogos 2021 yang menyebabkan khemah serta peralatan di Pos SJR tersebut mengalami kerosakan. Permohonan bantuan musa’adah ini telah dipanjangkan melalui Pejabat YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-YWM.

Majlis ringkas penyampaian sumbangan musa’adah bencana disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, bantuan berjumlah RM5,000.00 telah diserahkan kepada Superintenden Polis Tuan Sik Choon Foo, Ketua Balai Polis Daerah Gua Musang. Turut mengiringi Pengarah Kanan iaitu 5 orang pegawai Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dan Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD). Hadir sama dalam majlis ini dan memberi sumbangan berbentuk bakul makanan, iaitu Puan Che Rusnani, Pengurus Ar-Rahnu YaPEIM Cawangan Gua Musang Kelantan yang telah menyumbangkan 15 pek bakul makanan kepada Petugas Barisan Hadapan di dua (2) Pos SJR yang sedang bertugas iaitu SJR Kampung Tanah Puteh dan SJR Kundur Gua Musang yang terdiri daripada anggota polis, tentera, APM dan RELA.

Program Musaadah Menyantuni Pos SJR Gua Musang 1

Program Musaadah Menyantuni Pos SJR Gua Musang 2

Program Musaadah Menyantuni Pos SJR Gua Musang 3

Program Musaadah Menyantuni Pos SJR Gua Musang 6