Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 13 Ogos - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Program Diskusi Fiqh Siri 7 /2021 (Secara Dalam Talian) pada hari Jumaat bertarikh 13 Ogos 2021 bersamaan 4 Muharram 1443H melalui platform Google Meet. Sejumlah 98 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi-agensi Agama di bawah Pejabat YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Objektif program ini diadakan bagi memperkasakan penguasaan ilmu fiqh menggunakan Kitab Turath di kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam. Program ini dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman, Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Ali@Fadzil. Kitab al-‘Iqna’ Fi Hallin Al-Faz Abi Shujaa’ karangan Muhammad al-Syarbiinii al-Khotib digunakan sebagai rujukan bagi pembelajaran dan perbincangan.

Semoga siri kelas pengajian ini dan siri-siri akan datang berjaya mencapai matlamatnya dalam memberi pendedahan dan kefahaman serta meningkatkan penguasaan peserta dalam bidang ilmu fiqh.

Diskusi Fiqh Siri 7 1

Sumber dari Portal Rasmi ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/848-diskusi-fiqh-siri-7-kitab-al-iqna-fi-hallin-al-faz-abi-shujaa-karangan-muhammad-al-syarbiinii-al-khotib