Kurator Berita : Bahagian Dakwah
16 Ogos 2021 / 07 Muharram 1443H – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah mengadakan Program Walkabout Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM bersama Pengurusan Takmir Zon Utara (Negeri Perlis, Pulai Punang, Kedah dan Perak) secara dalam talian.

Program ini dihadiri oleh seramai 40 orang yang terdiri dari Pegawai Penyelaras Takmir Negeri, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) & Pembantu Takmir Zon Utara terdiri dari Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah YBrs. Tuan Kamarul Saman bin Yaacub, Ketua Penolong Pengarah, BahagianDakwah, JAKIM.

Antara pengisian program adalah ucapan amanat YBrs. Tuan Ruslan bin Said, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM buat para Pegawai Penyelaras Takmir Negeri(PPTN), Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah(PPMD) dan Pembantu Takmir Zon Utara semenjak beliau di lantik pada 14 Jun 2021 sebagai Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM. Seterusnya, sesi pembentangan ringkasan Program Takmir Zon Utara Tahun 2021. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, pengukuhan kolaborasi rakan strategic dan penyelesaian isu-isu semasa berkaitan pengimarahan masjid dan surau di seluruh Negara.

Walkabout Pengarah Dakwah Bersama Pengurusan Takmir Zon Utara 1

Walkabout Pengarah Dakwah Bersama Pengurusan Takmir Zon Utara 2

Walkabout Pengarah Dakwah Bersama Pengurusan Takmir Zon Utara 3