Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Pada 4-5 Ogos 2021 (Rabu - Khamis), ILIM Kampus Utama Bangi melalui Kluster Kecemerlangan Kepimpinan Islam dengan kerjasama Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan ONLINE SMART INTEGRITY COURSE (E-INTEGRITY) SIRI 2 kepada seramai 43 orang peserta gred 19 – 41 dari pelbagai kementerian/agensi. Antara objektif kursus ini ialah untuk memberi kefahaman dan penghayatan integriti sebagai tonggak maruah diri dan organisasi, meningkatkan hubungan kerjasama dalam organisasi melalui penghayatan nilai-nilai integriti dan memantapkan amalan nilai-nilai integriti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Program ini dijalankan dalam bentuk ceramah serta kembara secara maya. Slot ceramah telah di sampaikan oleh barisan penceramah ILIM iaitu Encik Zulkifli bin Tukiman, Encik Aimaduddin bin Kamaludin dan Encik Khairun Nizam bin Abd Samad serta dibantu oleh. fasilitator ILIM yang terlibat iaitu Cik Suhairina binti Sudirman dan Puan Junaidah bin Jaffar. Secara keseluruhan, kursus ini telah dapat meningkatkan penghayatan nilai-nilai integriti dalam kalangan peserta, mengukuhkan semangat kerjasama bagi membentuk organisasi yang cemerlang dan meningkatkan budaya kerja yg cemerlang.

Maklum balas dan reaksi daripada peserta mendapati bahawa mereka amat berpuas hati dengan kursus ini dan mengakui bahawa ia bukan sahaja bermanfaat kepada diri, bahkan bermanfaat kepada organisasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Rata-rata peserta menyatakan bahawa kursus ini sangat bermanfaat dan wajar diteruskan pada masa akan datang.

Online Smart Integrity Course e integrity Siri 2 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/861-online-smart-integrity-course-e-integrity-siri-3