Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Pada 15 Julai 2021 (Khamis), ILIM Kampus Utama Bangi melalui Kluster Kecemerlangan Kepimpinan Islam telah mengadakan EXPLORACE INTEGRITY ONLINE SIRI 1 kepada seramai 40 orang peserta Gred 19 – 41 dari pelbagai kementerian/agensi. Antara objektif kursus ini ialah untuk memberi kefahaman dan penghayatan integriti sebagai tonggak maruah diri dan organisasi, meningkatkan hubungan kerjasama dalam organisasi melalui penghayatan nilai-nilai integriti dan memantapkan amalan nilai-nilai integriti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Program ini dijalankan dalam bentuk interaktif iaitu kembara secara maya yang melibatkan aktiviti secara berkumpulan. Fasilitator ILIM yang terlibat dalam program ini ialah Encik Zulkifli bin Tukiman, Encik Aimaduddin bin Kamaludin,Encik Khairun Nizam bin Abd Samad, Puan Junaidah bin Jaffar dan Cik Suhairina binti Sudirman. Secara keseluruhan, kursus ini telah dapat meningkatkan penghayatan nilai-nilai integriti dalam kalangan peserta, mengukuhkan semangat kerjasama bagi membentuk organisasi yang cemerlang dan meningkatkan budaya kerja yang cemerlang.

Maklum balas dan reaksi daripada peserta mendapati bahawa mereka amat berpuas hati dengan kursus ini dan mengakui bahawa ia bukan sahaja bermanfaat kepada diri, bahkan bermanfaat kepada organisasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Rata-rata peserta menyatakan bahawa kursus sangat bermanfaat dan wajar diteruskan pada masa akan datang.

Explorace Integrity Online Siri 1 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/859-explorace-integrity-online-siri-1