Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti (KSK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berjaya menganjurkan kursus Training of Trainers (ToT) Terapi Psikospiritual Islam Klien Dadah AADK Selangor dan Wilayah Persekutuan. Program yang berlangsung sebanyak 3 Siri bermula 28-29 Julai, 3-4 Ogos dan 11-12 Ogos telah diadakan menerusi platform Zoom. Seramai 40 orang pegawai AADK Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan menyertai program ini.

Panel penceramah yang dijemput merupakan kaunselor, terapis, perawat dan fasilitator KSKCareCentre Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM. Berikut adalah senarai tenaga pengajar program;

1. Prof. Dr. Zainab binti Ismail, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia
(Mengenali Manusia dari perspektif Islam),

2. Ustaz Halim Bin Zakaria, Pendakwah Bebas (Pengenalan Asas Ìlaj Syarie),

3. Dr. Abdul Ghaffar Bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAKIM
(Pengenalan Asas Kaunseling Syarie dan Terapi Psikospiritual Islam)

4. Dr. Mohd Noor Bin Saper, Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Kaunseling Syarie Kaedah Al-Ghazali),

5. Dr Mohd Manawi bin Mohd Akib, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia
(Mengenali Kecelaruan Jiwa dari Perspektif Psikospiritual Islam),

6. Dr. Syed Mohammad Hilmi b. Syed Abdul Rahman, Pensyarah Kanan Universiti
Malaya (Kaedah Rawatan Psikospiritual Islam-Terapi Zikir),

7. Prof Madya Dr.Che Zarrina Sa’ari, Pensyarah Kanan Universiti Malaya
(Kaedah Rawatan Psikospiritual Islam – Terapi Tasawuf),

8. Dr. Mohd Syukri bin Zainal Abidin Pensyarah Kanan Universiti Malaya
(Kaedah Rawatan Psikospiritual Islam-Terapi Ibadah), dan

9. Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Pensyarah Kanan Universiti Malaya
(Aplikasi Psikospiritual Islam Terhadap Masalah Jiwa).

Antara objektif perlaksanaan program ini adalah untuk membantu AADK dalam usaha menangani masalah penyalahgunaan dadah yang semakin kronik di Malaysia dengan menggunakan kaedah dan rawatan berteraskan al-Quran dan al-Hadis. Bimbingan, rawatan dan pemulihan melalui islamic spiritual approach adalah antara usaha dan kaedah yang paling berkesan bagi memulih klien dadah khususnya dalam kalangan umat Islam.

ToT Terapi Psikospiritual Islam Klien Dadah AADK Selangor dan WP 1

ToT Terapi Psikospiritual Islam Klien Dadah AADK Selangor dan WP 2

ToT Terapi Psikospiritual Islam Klien Dadah AADK Selangor dan WP 3

ToT Terapi Psikospiritual Islam Klien Dadah AADK Selangor dan WP 4