Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Putrajaya, 25 Ogos 2021, Rabu 4.00 petang – Dalam kesibukan urusan di pejabat, Ketua Pengarah JAKIM YBhg. Datuk Abdul Aziz Jusoh telah sempat meluangkan masa turun hadir menyantuni pemohon bantuan MyCareCov19 Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti di Presint 11, Putrajaya. Program prihatin bantuan MyCareCov19 ini merupakan salah satu inisiatif JAKIM dalam usaha membantu warga yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Objektif bantuan MyCareCov19 ini diharapkan dapat mengurangkan dan meringankan beban dan masalah yang dihadapi sekaligus meneruskan kehidupan harian.

Sumbangan berbentuk kewangan dari Tabung Musa’adah Covid-19 (TMC-19), barang-barang keperluan asas makanan dan bahan bacaan ini telah disampaikan oleh Datuk Ketua Pengarah JAKIM kepada Puan Suraini bte. Jamlee dan suami. Beliau yang juga suri rumah sepenuh masa menjaga suaminya yang menghidapi penyakit strok dan mempunyai seorang anak kurang upaya (OKU) hanya bergantung kepada bantuan bulanan dari Baitulmal MAIWP.

Turut hadir sama mengiringi Datuk Ketua Pengarah JAKIM menyampaikan sumbangan ialah Pengarah Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti, Tn. Hj. Mohd Norizan Abd. Ghani dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti, Ustazah Noor Haliza Mohd Ali.

KP JAKIM Santuni Pemohon Bantuan MyCareCov19 KSK 1

KP JAKIM Santuni Pemohon Bantuan MyCareCov19 KSK 2

KP JAKIM Santuni Pemohon Bantuan MyCareCov19 KSK 3

KP JAKIM Santuni Pemohon Bantuan MyCareCov19 KSK 4