Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Lahad Datu, 25 Ogos - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Kursus Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Secara Dalam Talian pada 25 Ogos 2021. Kursus ini telah disertai seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada Penjawat Awam, Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Penyelia KAFA, Guru KAFA, Kakitangan Pekerja Swasta dan Masyarakat Awam di kementerian/jabatan/agensi/persendirian secara dalam talian melalui aplikasi google meet.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan memberi pendedahan pengetahuan berhubung pengurusan institusi masjid, melahirkan peserta dan pegawai masjid yang komited dalam menjalankan tugas, mewujudkan struktur organisasi yang berkesan dalam pentadbiran masjid dan melahirkan para pegawai dan kakitangan masjid yang terlatih dan bermaklumat.

Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Nazirul Mubin bin Mohd Alias iaitu seorang penceramah berpengalaman yang menyampaikan tajuk etika pengurus masjid dan imarah masjid dan faedahnya kepada masyarakat. Beliau banyak memberi panduan dan berkongsi pengalaman dalam pengurusan dan pentadbiran masjid secara online, disamping itu turut memberi peluang kepada peserta untuk mengemukakan pandangan dan pengalaman masing-masing secara interaktif dalam talian.

Peserta telah memberikan maklumbalas yang sangat baik di atas penganjuran yang dilaksanakan. Semoga peserta dapat mengurus dan mentadbir masjid dengan baik dan terancang seperti mengurus perlantikan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid, menguruskan pelbagai permohonan yang berkaitan dengan masjid dan mempelbagaikan aktiviti keagamaan dan kerohanian.

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Masjid Secara Online 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/865-kursus-pengurusan-dan-pentadbiran-masjid-secara-online