Kurator Berita : Bahagian Dakwah
1 September 2021, Rabu - JAKIM pada hari ini turun padang menyalurkan Sumbangan Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM-YWM dgn kerjasama YaPEIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang kepada golongan asnaf di negeri Pahang. Team Sharing is Caring Dakwah Agihan Bakul Makanan memulakan gerak kerja di Zon Timur dengan kunjungan pertama ke Pejabat Agama Islam Daerah Raub Pahang.

Sumbangan dari Tabung Musa’adah JAKIM-YWM ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM pada satu majlis penyerahan di perkarangan Pejabat Agama Islam Daerah Raub. Majlis tersebut dirasmikan oleh Al Fadhil Qadhi Daerah Raub Tn. Haji Ahmad Zaharuddin bin Mohd Alias AMP.

Program Team SIC Dakwah Agihan Bakul Makanan Di Zon Timur 1

Program Team SIC Dakwah Agihan Bakul Makanan Di Zon Timur 2

Program Team SIC Dakwah Agihan Bakul Makanan Di Zon Timur 3

Program Team SIC Dakwah Agihan Bakul Makanan Di Zon Timur 4

Program Team SIC Dakwah Agihan Bakul Makanan Di Zon Timur 5